Tentang Kami
Darul Firman Sumayyah Academy (SA0534215-P) ialah sebuah institusi pendidikan islam swasta dan pondok tahfiz khusus untuk golongan Muslimat dan Mualaf Orang Kurang Upaya (OKU). Sumayyah Academy telah sah didaftarkan pada 30 november 2020 dengan badan kerajaan dan akan mula beroperasi apabila dana mencukupi.
Pendidikan di Sumayyah Academy berorientasikan sebuah pendidikan islam berbentuk kekeluargaan dan menekankan ukhuwah yang erat sesama pelajar dan juga guru. Di sini, fokus pembelajaran akademi pelajar ialah tahfiz Al-Quran 30 juzuk dan hadis berkitab.
Sumayyah Academy menerima pelajar dari peringkat umur bermula aqil baligh atau 9 tahun hingga ke 14 tahun. Sukacita dimaklumkan, kos pembiayaan pelajar adalah secara percuma sepanjang pembelajaran mereka disini dan ditanggung sepenuhnya oleh Academy Sumayyah dan rakan tajaan bersama.
Selain pendidikan akademi, Sumayyah Academy juga menitik beratkan pembangunan sahsiah dan akhlak para pelajar mereka. Pembentukan sahsiah diri pelajar diterapkan melalui rutin harian yang positif dan sokongan moral sesama pelajar dan guru. Sumayyah Academy bermatlamat untuk melahirkan generasi muda Qurani yang berakhlak dan bersahsiah tinggi, anak-anak yang soleh dan solehah seterusnya menjadi suri tauladan kepada masyarakat umum.
Misi
Menerapkan pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah, membentuk semangat jati diri yang jitu, berdisiplin serta berdaya saing.
Visi
Melahirkan generasi muda Qurani yang berakhlak dan bersahsiah tinggi, anak-anak yang soleh dan solehah seterusnya menjadi suri tauladan kepada masyarakat umum.
Nilai Murni
- Berilmu
- Berdisiplin
- Berakhlak
Carta Organisasi