Pembangunan
Fasa 1
Di peringkat awal, Sumayyah Academy akan mula beroperasi di rumah Semi-D 2 tingkat yang terletak di Bayu Emas, Klang. Anggaran sebanyak 10-15 orang pelajar bersama guru akan didaftarkan dan mula menetap di sini. Fasiliti kediaman yang dilengkapi dengan ruang hall yang luas, 6 bilik tidur dan 5 bilik air, dapur dan ruang makan mampu memberikan keselesaan di sepanjang pembelajaran mereka disini.
Selain itu, terdapat juga taman mini dalaman dan halaman luar rumah yang luas dengan pelbagai tumbuhan hijau dapat memberikan suasana pembelajaran pelajar lebih nyaman dan damai. Untuk memastikan keseimbangan minda-badan-rohani para pelajar, pihak Academy turut menggalakkan aktiviti riadah outdoor dan indoor di waktu petang.
- Anggaran Kos Pengurusan & Utiliti Bulanan : RM 20 000.00
Fasa 2
Sumayyah Academy berhasrat untuk mengembangkan infrastruktur dan kemudahan asas pondok tahfiz yang bakal dibangunkan di tanah waqaf berkeluasan 1 ekar di daerah Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.
Bangunan baru ini bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pejabat urusan, 4 bilik darjah, 4 bilik asrama dan bilik warden, ruang kafe dan kantin, dan juga tandas dan bilik mandi.
Sumayyah Academy menganggarkan sebanyak 50 orang pelajar Muslimat akan didaftarkan di bangunan baru ini. Infrastruktur dan kemudahan yang lengkap sangat penting untuk mencukupi urusan keperluan asas para pelajar dan juga memastikan keselesaan di sepanjang pembelajaran mereka di sini.
Selain daripada fasiliti pembelajaran yang lengkap, Sumayyah Academy juga menitik beratkan landskap halaman luaran bertemakan ‘Taman Hijau & Rekreasi’. Halaman luaran akan dipenuhi pohon-pohon hijau dan bunga-bungaan, gazebo untuk ruang berehat dan bersantai, ruang refleksologi dan kolam ikan, dan tapak bersukan seperti badminton atau bola jaring.
Taman hijau ini mampu memberikan suasana pembelajaran pelajar lebih nyaman dan damai manakala kemudahan taman rekreasi ini menjadi tempat riadah para pelajar seterusnya pelajar akan menjadi lebih sihat jasmani dan rohani.
- Anggaran Kos Pembangunan & Fasiliti : RM 3.0 Juta
- Anggaran Kos Pengurusan & Utiliti Bulanan : RM 80 000.00
Hulurkan Sumbangan Anda!
Pihak Sumayyah Academy sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari pihak anda yang dermawan untuk turut sama membantu pembangunan dan kebajikan para pelajar di sini.
” Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ” (QS. Al hadid: 18).