Selamat Datang

Darul Firman Sumayyah Academy

Institusi Pendidikan Islam swasta dan Pondok Tahfiz khusus untuk golongan Muslimat dan Mualaf Orang Kurang Upaya (OKU)


Tentang Kami


Pembangunan

Darul Firman Sumayyah Academy (SA0534215-P) ialah sebuah institusi pendidikan islam swasta dan pondok tahfiz khusus untuk golongan Muslimat dan Mualaf Orang Kurang Upaya (OKU). Sumayyah Academy telah sah didaftarkan pada 30 november 2020 dengan badan kerajaan dan akan mula beroperasi apabila dana mencukupi.

Pendidikan di Sumayyah Academy berorientasikan sebuah pendidikan islam berbentuk kekeluargaan dan menekankan ukhuwah yang erat sesama pelajar dan juga guru. Di sini, fokus pembelajaran akademi pelajar ialah tahfiz Al-Quran 30 juzuk dan hadis berkitab.


Baca Lagi

Pembangunan

Fasa 1

Di peringkat awal, Sumayyah Academy akan mula beroperasi di kediaman Semi-D 2 tingkat yang terletak di Bayu Emas, Klang. Anggaran sebanyak 10-15 orang pelajar bersama guru akan didaftarkan dan mula menetap di sini. 

Fasiliti kediaman yang dilengkapi dengan ruang hall yang luas, 6 bilik tidur dan 5 bilik air, dapur dan ruang makan mampu memberikan keselesaan di sepanjang pembelajaran mereka disini. Selain itu, terdapat juga taman mini dalaman dan halaman luar rumah yang luas dengan pelbagai tumbuhan hijau dapat memberikan suasana pembelajaran pelajar lebih nyaman dan damai.

  • Anggaran Kos Pengurusan & Utiliti Bulanan : RM 20 000.00



Fasa 2

Sumayyah Academy berhasrat untuk mengembangkan infrastruktur dan kemudahan asas pondok tahfiz yang bakal dibangunkan di tanah waqaf berkeluasan 1 ekar di daerah Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

Bangunan baru ini bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pejabat urusan, 4 bilik darjah, 4 bilik asrama dan bilik warden, ruang kafe dan kantin, dan juga tandas dan bilik mandi.

Sumayyah Academy menganggarkan sebanyak 50 orang pelajar Muslimat akan didaftarkan di bangunan baru ini. Infrastruktur dan kemudahan yang lengkap sangat penting untuk mencukupi urusan keperluan asas para pelajar dan juga memastikan keselesaan di sepanjang pembelajaran mereka di sini.

Selain daripada fasiliti pembelajaran yang lengkap, Sumayyah Academy juga menitik beratkan landskap halaman luaran bertemakan ‘Taman Hijau & Rekreasi’. Halaman luaran akan dipenuhi pohon-pohon hijau dan bunga-bungaan, gazebo untuk ruang berehat dan bersantai, ruang refleksologi dan kolam ikan, dan tapak bersukan seperti badminton atau bola jaring.

Taman hijau ini mampu memberikan suasana pembelajaran pelajar lebih nyaman dan damai manakala kemudahan taman rekreasi ini menjadi tempat riadah para pelajar seterusnya pelajar akan menjadi lebih sihat jasmani dan rohani.

  • Anggaran Kos Pembangunan & Fasiliti : RM 3.0 Juta
  • Anggaran Kos Pengurusan & Utiliti Bulanan : RM 80 000.00

Academy

Al-Quran 30 Juzuk

Pendidikan di Sumayyah Academy berteraskan pembelajaran Al-Quran yang menjadi panduan kehidupan insan. Para pelajar akan bertalaqqi bersama guru dan menghafaz Al-Quran 30 juzuk. Di samping itu, para pelajar juga akan mempelajari terjemahan Al-Quran dan juga tajwid bagi mengetahui cara sebutan pembacaan Al-Quran yang betul. Pihak Sumayyah Academy juga akan menjemput penasihat khas Academy dari Mesir untuk memantau proses pembelajaran dari masa ke semasa.

Hadis & Sunnah

Selain dari menghafaz Al-Quran, para pelajar juga akan mempelajari hadis dan sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Kepentingan pendidikan hadis dan sunnah ini dapat mengajar para pelajar mencontohi keperibadian, akhlak dan cara hidup baginda Nabi Muhammad SAW.


Tamat Pembelajaran

Para Pelajar yang telah tamat pembelajaran di Sumayyah Academy digalakkan untuk menyambung pendidikan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara persendirian atau di bawah pengurusan Sumayyah Academy. Selain itu, para pelajar yang telah tamat pembelajaran juga boleh diserap ke Sumayyah Academy sebagai tenaga pengajar.

Mualaf OKU

Sumayyah Academy juga berpengalaman menjaga kebajikan dan pendidikan Mualaf OKU sepanjang beroperasi. Kebajikan dan pendidikan mereka sangat penting untuk dipantau dan tidak dibiarkan begitu sahaja setelah mereka memeluk Agama Islam bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup dan pegangan yang baharu seterusnya menjadi Muslim/Muslimat yang terbaik.

Hulurkan Sumbangan Anda!

Pihak Sumayyah Academy sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari pihak anda yang dermawan untuk turut sama membantu pembangunan dan kebajikan para pelajar di sini.

” Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. ” (QS. Al hadid: 18).


Infaq

Hubungi Kami

Waktu Operasi

  • Isnin — Jumaat: 9.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu — Tutup
  • Ahad — Tutup